Wednesday, 21 November 2012

RC car hobby




Permainan kereta kawalan jauh Remote Control atau RC kini juga mengalami proses evolusi sama seperti peminat bolasepak, kamera DSLR dan lain-lain lagi. Apa yang dimaksudkan ialah permainan Remote Control ini juga semakin mendapat tempat di hati golongan belia. Selain melegakan tekanan, hobi permainan kereta ini juga sesuai dijadikan aktiviti riadah bersama keluarga.
Oleh itu permainan ini semakin menjadi daya tarikan kepada golongan belia  yang kini berkembang kembali di negara ini dan mempunyai kelompok peminat tersendiri.
Sejarah RC bermula pada Perang Dunia Kedua dan Jerman antara pelopor awal apabila menggunakannya dalam beberapa projek misi dengan tujuan utamanya bagi melancarkan bom.
Kawalan radio atau ‘radio control’ (RC) adalah kerYyeta kawalan jauh, yang mana pergerakan kenderaan kecil dilakukan secara jarak jauh. RC juga merujuk kepada kawalan kenderaan sama ada model kereta, kapal dan pesawat di mana pusat kawalan daripada kotak.
Ini termasuk juga pada kenderaan yang disambungkan  dengan satu wayar oleh pengendalinya, tetapi  apa yang digunakan pada masa kini adalah kebiasaanya merujuk kepada kenderaan yang dikawal oleh pautan menggunakan radio frekuensi.














RC yang dulu terkenal dimainkan dikawasan lapang kini mula dimainkan dilokasi baru iaitu di track yang disediakan oleh penggemarnya.Ada dikalangan pengemarnya membelanjakan lebih RM10,000 untuk melakukan modifikasi terhadap ketiga-tiga model kereta itu dengan menukar beberapa komponennya selain kos penyelenggaraan.
Baru-baru ini, model  baru telah dikeluarkan dengan saiz yang luar biasa. Model baru ini telah diperkenalkan dengan dikuasai oleh enjin petrol kecil, yang menggunakan campuran minyak dan gasolin.
Terdapat dua jenis kereta RC iaitu menggunakan elektrik (bateri) dan gas (nitro methane). Untuk peminat yang baru menceburi hobi ini, adalah digalakkan untuk mencuba jenis elektrik.Untuk peminat kereta RC di Malaysia, antara tarikan terbaru permainan ini ialah kemasukan lebih banyak model jenis pacuan empat roda untuk pemanduan lasak.
Bagi peminat tegar permainan kereta RC, ada pengemarya tidak akan mensia-siakan bakat yang ada dengan menyertai mana-mana pertandingan kereta RC tempatan yang kini semakin banyak diadakan. Terdapat beberapa negara seperti Amerika Syarikat dan Eropah, permainan kereta RC bukan sekadar hobi semata-mata, sebaliknya berstatus sukan profesional dan mempunyai banyak siri kejohanan di peringkat antarabangsa.
Justeru itu adalah disarankan kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia untuk memberi lebih perhatian dan pendedahan terhadap usaha mengembangkan aktiviti ini di Malaysia serta dapat menaik taraf statusnya daripada permainan kepada sukan.

1 comment:

  1. tolong suggest kan jenama kereta yang elok, harga 500 ke bawah, ade ke??

    ReplyDelete